Selasa, 1 Oktober 2013

3 Peraturan mudah untuk BERJAYA Dalam Kehidupan



1) Jika kita tidak cuba mendapatkan apa yang kita inginkan jgn harap ia akan dtg bergolek

Tanpa usaha tidak akan ada sebuah kejayaan. Mulakan langkah pertama utk mencapai impian dan jgn pernah takut untuk mencuba sesuatu dalam hidup kita. Ingatla..hidup hanya sekali di dunia ini..cuba lakukan yang terbaik utk hidup kita dan juga masyarakat sekeliling. Sebagai manusia biasa..kita tak akan pernah tahu apa yang ada di hadapan kita..mencuba dan terus mencuba..jangan pernah berputus asa..Allah itu maha Besar dan rezeki Allah sgt lah meluas..sentiasa berusaha disertai dengan doa dari hati.. InsyaAllah akan dipermudahkan segalanya..

2) Jika Kita tidak bertanya..Jawapannya akan selalu  ‘TIDAK’

Beranikan diri bertanya jika mahukan sesuatu..jika kita tidak bertanya, orang tak akan pernah tahu apa keinginan kita sebenarnya. Jangan anggap semua orang boleh membaca fikiran kita..nyatakan sebenarnya apa yang kita mahukan dan InsyaAllah kita akan dapat apa yang kita hajati dengan hanya memberanikan diri untuk bertanya. Kita tak akan pernah tahu jika kita tidak bertanya dan orang pun akan menganggap kita tidak berminat jika kita tidak menunjukkan minat kita dengan bertanya..Oleh itu selalu-selalulah bertanya..Bak kata pepatah  ‘malu bertanya, sesat jalan’.

3) Jika Kita tidak memulakan langkah, kita akan sentiasa berada di tempat yang sama.

Langkah pertama adalah sesuatu benda yang paling sukar untuk seseorang lakukan. Cuba bayangkan bayi yang baru mahu belajar memulakan langkah yang pertama..begitu sukar untuk memulakan langkah..jatuh bangun dan menangis..tapi pada akhirnya dia akan Berjaya melangkah dengan lebih jauh. Begitu juga diibaratkan dengan kita yang selalu takut untuk memulakan langkah pertama..tetapi apabila kita terbiasa dengan nya..kita akan menganggap itu adalah perkara biasa dalam hidup kita dan sentiasa melakukannya dengan gembira dan senang hati..